REAKSI kecewa barisan pemain Perancis (kanan) selepas tamat perlawanan. FOTO AFP
REAKSI kecewa barisan pemain Perancis (kanan) selepas tamat perlawanan. FOTO AFP
AFP

Paris: Kapten Perancis, Antoine Dupont mengkritik mutu pengadilan selepas pasukannya tersingkir daripada Piala Dunia Ragbi susulan kekalahan 29-28 kepada Afrika Selatan di suku akhir, awal pagi tadi.

Dupont berkata pegawai perlawanan, Ben O'Keeffe sepatutnya menghukum Springboks kerana memperlahankan penguasaan Perancis apabila pasukan tuan rumah melakukan serangan ketika lewat permainan.

Terdapat juga keputusan yang dipertikaikan daripada pihak lawan yang mencetuskan rasa tidak puas hati pasukan tuan rumah.

"Saya tidak mahu menjadi orang beremosi terhadap pengadil kerana saya kalah dalam perlawanan itu.

"Terdapat banyak keputusan mengecewakan dan kami tidak sabar untuk melihat rakaman perlawanan ini. Ada perkara jelas yang sepatutnya diambil tindakan.

Saya tidak fikir pengadil berada pada tahap terbaik hari ini," katanya.

Ketua jurulatih Perancis, Galthie menyokong pandangan kaptennya tetapi memilih untuk tidak menuduh pengadil dari New Zealand itu.

"Saya faham kekecewaan dirasai pemain yang sukar untuk dihadam. Saya menerima keputusan itu kerana ia sudah pun berlaku," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2023 @ 7:56 AM