ATLET China sukar dikejar pelari lain dalam acara 4x100m wanita.  FOTO Reuters
ATLET China sukar dikejar pelari lain dalam acara 4x100m wanita. FOTO Reuters
Syafiq Aznan

Hangzhou: Kuartet 4x100meter (m) wanita negara menamatkan saingan acara 4x100m di kedudukan keempat pada aksi final di Stadium Olimpik Hangzhou, sebentar tadi.

Kuartet dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya dan Shereen Samson Vallabouy merakam catatan 45.01 saat.

Pingat emas dimenangi China yang melakukan catatan 43.39 saat sementara kuartet Thailand dengan catatan 44.32 saat memenangi pingat perak.

Gangsa menjadi milik kuartet Bahrain dengan catatan 44.90 saat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2023 @ 9:25 PM