KUARTET 4x100m wanita memenangi gangsa selepas kemenangan Bahrain dibatalkan hari ini.
KUARTET 4x100m wanita memenangi gangsa selepas kemenangan Bahrain dibatalkan hari ini.
Syafiq Aznan

Hangzhou: Kuartet 4x100meter (m) wanita negara disahkan memenangi pingat gangsa bagi acara 4x100m Sukan Asia di Stadium Olimpik Hangzhou, sebentar tadi.

Meskipun kuartet dibarisi Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Shereen Samson Vallabouy itu mendapat tempat keempat namun kuartet Bahrain yang meraih tempat ketiga dibatalkan penyertaannya.

Ini susulan pelari Bahrain didapati memasuki lorong sebelah. Malah, semakan pemenang pingat di laman rasmi Sukan Asia 2022 turut mengesahkan kuartet Malaysia memenangi pingat gangsa menerusi catatan 45.01 saat.

Tiada perubahan bagi kedudukan pertama dan kedua di mana pingat emas dimenangi China yang melakukan catatan 43.39 saat.

Kuartet Thailand yang melakukan catatan 44.32 saat memenangi pingat perak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2023 @ 10:04 PM