PEMAIN New Zealand Cam Roigard cuba melepasi halangan pemain Namibia di Toulouse,  minggu lalu.
PEMAIN New Zealand Cam Roigard cuba melepasi halangan pemain Namibia di Toulouse, minggu lalu.
AFP

Lyon: Flanker New Zealand Dalton Papali'i berkata, All Blacks mendapat suntikan semangat selepas menyaksikan perlawanan hebat antara Ireland dan Afrika Selatan dalam aksi Piala Dunia Ragbi hujung minggu lalu.

Pertembungan dua kuasa besar ragbi dunia di Stade de France itu berakhir dengan kemenangan Ireland 13-8 dan New Zealand mahu mencapai tahap permainan kedua-dua pasukan dalam perlawanan itu.

New Zealand menduduki ranking keempat dunia dan tewas aksi terakhir di tangan tiga pasukan di atas mereka termasuk ketika aksi pembukaan Piala Dunia menentang tuan rumah Perancis.

"Jika anda mahu beraksi dengan yang terbaik, anda perlu mencapai tahap itu," kata pemain berusia 25 tahun terbabit.

"Kami menunjukkannya sepanjang tahun ini dan ia amat diperlukan kerana anda perlu yang terbaik di Piala Dunia.

"Kami tahu tahap sekarang dan perlu pamer permainan ditunjukkan Ireland dan Afrika Selatan jika mahu mara lebih jauh di sini."

New Zealand akan menentang Itali dalam aksi seterusnya di Lyon Jumaat ini dan menurut jurulatih Scott McLeod, juara dunia tiga kali itu tidak akan memandang rendah cabaran Azzurri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2023 @ 9:43 AM