PEMAIN New Zealand kelihatan kecewa selepas tewas kepada Perancis. FOTO REUTERS
PEMAIN New Zealand kelihatan kecewa selepas tewas kepada Perancis. FOTO REUTERS
AFP

Lyon: Jurulatih scrum New Zealand, Greg Feek berkata, pasukannya menjangka barisan depan Namibia akan memberikan saingan sengit pada pertemuan mereka di Ragbi Piala Dunia, awal pagi Sabtu ini.

Sekalipun berbeza 17 anak tangga dalam ranking dunia di bawah All Blacks, Namibia diperkuatkan hooker berpengalaman, Torsten van Jaarsveld selain empat pemain yang beraksi di Afrika Selatan.

"Mereka memiliki ramai pemain depan yang beraksi bersama pasukan ternama termasuk di Eropah," kata Feek menjelang perlawanan di Toulouse.

"Mereka akan memberi cabaran sengit. Ia bakal menjadi ujian hebat buat kami dan kami turut menghormati kedudukan mereka sekarang," katanya.

Kedua-dua pasukan itu tewas perlawanan pembukaan apabila Namibia tewas 8-52 kepada Itali.

Juara Piala Dunia tiga kali, New Zealand pula tewas mengejut 13-27 kepada tuan rumah, Perancis.

Feek menafikan moral mereka merudum selepas kekalahan pertama All Blacks di peringkat kumpulan.

"Keyakinan pemain sentiasa tinggi dan kami turut memiliki skuad berbakat," kata Feek.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 September 2023 @ 11:10 AM