KEMENANGAN Olha dibatalkan kerana tidak mahu bersalam dengan atlet Rusia. FOTO AFP
KEMENANGAN Olha dibatalkan kerana tidak mahu bersalam dengan atlet Rusia. FOTO AFP
AFP

Milan: Kemenangan atlet lawan pedangg Ukraine, Olha Kharlan dibatalkan kerana tidak mahu bersalam dengan lawan dari Rusia yang ditewaskannya, Anna Smirnova di Kejohanan Lawan Pedang Dunia, hari ini.

Olha yang juga juara dua empat kali acara sabre, sebelum ini memberitahu AFP bahawa dia enggan bersalam dengan atlet Rusia jika bertarung di kejohanan itu.

Terdahulu, dia muncul atlet pertama mewakili Ukraine yang berdepan atlet Rusia atau Belarus sejak Rusia menakluk Ukraine pada Februari 2022.

Atlet berusia 32 tahun itu hanya diberi kebenaran pada hari ini selepas Kementerian Sukan Ukraine mengubah polisi menghalang atlet mereka menentang lawan dari Rusia atau Belarus yang bersaing sebagai peserta neutral.

Sebaliknya, polisi baharu itu menyatakan atlet Ukraine tidak boleh menentang atlet yang mewakili persatuan sukan Rusia serta Belarus dan Anna bertanding sebagai atlet neutral.

Pemain tenis Ukraine pernah menentang pemain Rusia dan Belarus sejak penaklukan itu, tetapi atas kapasiti individu dan tidak mewakili negaranya.

Malah, mereka turut tidak bersalam dengan lawan dari dunia negara terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Julai 2023 @ 9:17 PM