PERANCIS meminta larangan terhadap atlet Russia dan Belarus diteruskan. -FOTO AP
PERANCIS meminta larangan terhadap atlet Russia dan Belarus diteruskan. -FOTO AP

Paris: Tuan rumah Perancis antara 34 negara yang meminta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) melarang atlet Russia dan Belarus menyertai Sukan Olimpik Paris 2024.

Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia juga antara yang menggesa agar larangan dikenakan.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam menjelaskan alasan terperinci berdasarkan "Rusia memilih peperangan yang dan tidak wajar (menentang Ukraine) disokong oleh kerajaan Belarus.

Menteri sukan Russia, Oleg Matytsin, awal bulan ini berkata, bahawa "sama sekali tidak boleh diterima" kerajaan yang cuba mempengaruhi IOC.

IOC pada bulan lalu berhasrat mengekalkan sekatan terhadap pegawai dan kerajaan Russia dan Belarus pada Sukan Olimpik Paris tahun depan namun menimbang untuk memberi peluang kepada atlet dari kedua-dua negara untuk bersaing di bawah bendera neutral.

"Memandangkan pencerobohan terhadap Ukraine dan kemusnahannya masih berterusan, kami merasakan bahawa cadangan IOC untuk mempertimbangkan peluang atlet Rusia dan Belarus yang sebelum ini menimbulkan banyak persoalan dan kebimbangan perlu diperincikan," kata kenyataan itu.

"Kami mempunyai kebimbangan yang kuat tentang penyertaan atlet Olimpik Rusia dan Belarus bersaing sebagai 'neutral' - di bawah syarat IOC tanpa pengenalan negara mereka - apabila mereka dibiayai dan disokong secara langsung oleh negara mereka," kata kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Februari 2023 @ 11:41 AM