ALCARAZ meraikan kejayaannya menewaskan bintang Chile, Jarry. -FOTO AFP
ALCARAZ meraikan kejayaannya menewaskan bintang Chile, Jarry. -FOTO AFP
AFP

London: Carlos Alcaraz mara ke pusingan 16 terakhir Wimbledon selepas melalui pertarungan sengit menentang Nicolas Jarry ketika juara bertahan wanita Elena Rybakina bersedia untuk menentang pemain terakhir Britain, Katie Boulter.

Hujan kembali ke Kelab Seluruh England itu, bermakna permainan di Gelanggang Tengah bermula di bawah bumbung.

Pilihan utama Alcaraz dilihat sebagai ancaman terbesar kepada Novak Djokovic kini memburu gelaran kelapan lelaki untuk menyamai rekod dan mahkota Grand Slam ke-24 secara keseluruhan.

Tetapi pemain Sepanyol yang memenangi kejohanan Queen di gelanggang rumput bulan lalu, dipaksa bekerja keras selepas meraih kemenangan ke atas lawannya dari Chile yang juga pilihan ke-25, sebelum menang 6-3, 6-7 (6/8), 6-3, 7-5.

Alcaraz bangkit daripada kekalahan set pertamanya pada kejohanan itu untuk mendahului 2-1 namun berjaya mengelak daripada dipatahkan servisnya dua kali pada set keempat sebelum menemui semula sentuhan sebenarnya.

"Saya sangat gembira dengan corak permainan saya selepas mengharungi perlawanan yang sangat sukar ini," kata Alcaraz.

Juara Terbuka AS itu beraksi perlawanan keduanya dalam tempoh dua hari selepas hujan menyebabkan banyak perlawanan terpaksa ditangguh minggu ini.

Sementara Djokovic mudah melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir pada Jumaat, menyingkirkan Stan Wawrinka dalam straight set.

Alcaraz akan berdepan Matteo Berrettini pada pusingan keempat selepas naib juara 2021 itu menundukkan Alexander Zverev 6-3, 7-6 (7/4), 7-6 (7/5).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Julai 2023 @ 11:34 AM