REAKSI Sinner selepas menewaskan Alcaraz. FOTO  (ESP) (not pictured) in a men's singles semifinal on day twelve on the Miami Open at Hard Rock Stadium. FOTO USA TODAY Sports
REAKSI Sinner selepas menewaskan Alcaraz. FOTO (ESP) (not pictured) in a men's singles semifinal on day twelve on the Miami Open at Hard Rock Stadium. FOTO USA TODAY Sports
AFP

Miami Gardens: Jannik Sinner dari Itali meranapkan impian Carlos Alcaraz untuk meraih gelaran 'Sunshine Double' selepas menewaskan lawannya itu 6-7 (4/7), 6-4, 6-2 pada separuh akhir Terbuka Miami, hari ini.

Sinner akan bertemu sensasi, Rusia Daniil Medvedev pada perlawanan akhir awal pagi Isnin manakala Alcaraz akan kehilangan kedudukan nombor satunya kepada Novak Djokovic.

Alcaraz, juara bertahan di Miami dan muncul juara di Indian Wells, berdepan detik mengecewakan selepas dilihat bergelut pada set ketiga akibat kekejangan kaki.

Medvedev mara ke final Jelajah ATP kali kelima berturut-turut selepas meraih kemenangan 7-6 (7/5), 3-6, 6-3 ke atas rakan senegara dari Rusia, Karen Khachanov.

"Pada pendapat saya, ia adalah perlawanan yang hebat. Di set kedua saya beraksi dengan teruk dan lawan memenangi perlawanan. Ia adalah perlawanan yang sukar," kata Medvedev.

Sedar cabaran yang bakal menantinya di pentas final, sensasi Rusia itu berkata dia tetap percaya mampu untuk menewaskan mana-mana pemain di jelajah itu.

"Saya perlu percaya pada diri sendiri. Saya tahu saya mampu memenangi gelaran utama. Saya tahu boleh bermain dengan baik dan menewaskan sesiapa sahaja," kata Medvedev.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 April 2023 @ 11:51 AM