ALCARAZ menjerit puas selepas menang ke atas pemain Russia, Medvedev. -FOTO AFP
ALCARAZ menjerit puas selepas menang ke atas pemain Russia, Medvedev. -FOTO AFP
AFP

Turin, Itali: Carlos Alcaraz yang mengimpikan gelaran Pusingan Akhir ATP akan membuat pertembungan dalam aksi separuh akhir menentang Novak Djokovic selepas meraih kemenangan 6-4, 6-4 ke atas Daniil Medvedev.

Alcaraz yang membuat penampilan pertamanya di Pusingan Akhir, bergelut dengan prestasi dan kecederaan di awal saingan tetapi kini semakin menemui momentum dan menjadi ancaman serius dalam aksi separuh akhir yang menampilkan empat pemain ranking teratas dunia.

"Wah, ia hanya dua perlawanan, tetapi pada masa yang sama ia terlalu jauh. Saya akan berdepan Novak di separuh akhir. Jika saya memenangi perlawanan itu, saya seterusnya akan berdepan perlawanan akhir yang sangat sukar," kata Alcaraz

"Saya bermimpi untuk memenangi kejohanan ini. Mengapa tidak? Tetapi saya perlu bermain yang terbaik terlebih dahulu di separuh akhir."

Pemain nombor dua dunia Alcaraz perlu menang untuk memastikan tempat ke separuh akhir dan dia melakukan perkara itu dengan cara yang mengagumkan, meraih kemenangan menentang Medvedev yang kelihatan sangat mengagumkan dalam dua kemenangan sebelumnya di Turin.

Kemenangan straight-set memastikan dia muncul juara Kumpulan Merah mendahului Medvedev, tanpa mengira keputusan perlawanan yang dimenangi oleh Alexander Zverev menentang Andrey Rublev 6-4, 6-4.

Alcaraz juga berjaya membalas dendam atas kekalahan pada separuh akhir Terbuka AS menentang Medvedev yang muncul naik juara kumpulan selepas mengesahkan tempat ke separuh akhir Rabu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2023 @ 12:16 PM