REAKSI Medvedev selepas mengesahkan kemenangan ke atas Alcaraz. -FOTO AFP
REAKSI Medvedev selepas mengesahkan kemenangan ke atas Alcaraz. -FOTO AFP
AFP

New York: Daniil Medvedev menumbangkan juara bertahan, Carlos Alcaraz di separuh akhir Terbuka AS untuk mengulangi perlawanan akhir dua tahun lalu menentang juara Grand Slam 23 kali, Novak Djokovic.

Medvedev menewaskan Alcaraz 7-6 (7/3), 6-1, 3-6, 6-3 untuk mara ke final utama yang kelimanya dan menghalang Alcaraz dalam usahanya untuk menjadi pemain pertama yang mengekalkan gelaran di New York sejak Roger Federer melakukannya pada tahun 2008.

"Dia (Alcaraz) sejujurnya sangat luar biasa. Untuk menewaskannya anda perlu menjadi lebih baik daripada diri anda sendiri dan saya berjaya melakukannya."

Medvedev akan berdepan Djokovic esok ketika bintang Serbia berusia 36 tahun itu sekali lagi mencuba mencari gelaran Grand Slam ke-24, untuk menyamai rekod seterusnya menobatkan kembalinya ke sebagai pemain nombor satu dunia minggu depan.

Djokovic mara ke final selepas menewaskan Ben Shelton 6-3, 6-2, 7-6 (7/4). Dia berpeluang menjadi pemain paling berusia memenangi gelaran perseorangan lelaki di New York dalam era Terbuka, serta menyamai rekod kemenangan terbanyak Margaret Court sepanjang zaman.

Medvedev yang menjadi pilihan ketiga memenangi kejuaraan tunggalnya di Terbuka AS 2021 selepas menewaskan Djokovic yang ketika itu berusaha untuk meraih Grand Slam keempat tahun itu menyebabkan dia menangis selepas tewas straight set.

Dia mempamerkan aksi luar biasa ketika menentang Alcaraz sekali gus berjaya membalas dendam kekalahan kepada pemain Sepanyol itu pada separuh akhir Wimbledon Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2023 @ 4:19 PM