SHA’CARRI menumpaskan juara dunia 200m dari Jamaica, Shericka. FOTO Agensi
SHA’CARRI menumpaskan juara dunia 200m dari Jamaica, Shericka. FOTO Agensi
Reuters

Doha: Sha'Carri Richardson jauh meninggalkan pesaingnya ketika pelari Amerika Syarikat (AS) itu mencatatkan kemenangan 100 meter (m) dalam saingan pertama Liga Berlian musim ini di Doha.

Dia, yang dijangkakan menjadi pencabar utama di Sukan Olimpik Tokyo pada 2021 sebelum digantung sebulan selepas disahkan positif mengambil ganja, mencipta rekod kejohanan di Doha dengan catatan masa 10.76 saat (s).

Sha'Carri, 23, menumpaskan juara dunia 200m dari Jamaica, Shericka Jackson (10.85s), manakala wakil Britain, Dina Asher-Smith di tempat ketiga (10.98s) yang menampilkan lima pelari AS di garisan permulaan.

"Saya sangat puas dan bersyukur, saya berasa tenang. Apa yang saya lakukan adalah yang terbaik yang saya lakukan dan saya teruja untuk melakukannya," kata Sha'Carri.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya ditendang keluar dari perlumbaan 100 meter lagi, jadi saya perlu melakukan yang terbaik walau apa pun. Kedamaian, cinta dan kehidupan."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2023 @ 1:59 PM