AKSI Nadal di Wimbledon. FOTO Reuters
AKSI Nadal di Wimbledon. FOTO Reuters
AFP

Paris: Carlos Alcaraz dan Rafael Nadal masing-masing menamatkan kempen tahun ini di kedudukan satu dan dua dalam ranking ATP, kali pertama dua pemain Sepanyol menduduki tangga teratas.

Kedua-duanya merangkul tiga daripada empat gelaran Grand Slam.

Alcaraz memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS) manakala Nadal merangkul kejuaraan di Australia dan Perancis.

Nadal akan melangkah tahun 2023 dengan sasaran menambah koleksi rekod 22 gelaran Grand Slam yang dimenanginya namun diekori rapat juara Wimbledon, Novak Djokovic, yang hanya kurang satu gelaran utama berbandingnya.

Pemain Serbia berusia 35 tahun itu menamatkan tahun ini di kedudukan kelima tetapi mengakhiri kempen dengan cemerlang apabila menewaskan Casper Ruud dari Norway untuk memenangi trofi Final ATP kali keenam.

Ruud menamatkan musim ini di kedudukan ketiga selepas berjaya mara ke pusingan akhir Terbuka Perancis dan AS.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2022 @ 11:16 AM