DJOKOVIC lebarkan rekod sebagai pemain nombor satu untuk kali kelapan. -FOTO Reuters
DJOKOVIC lebarkan rekod sebagai pemain nombor satu untuk kali kelapan. -FOTO Reuters
AFP

Turin, Itali: Novak Djokovic akan menamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia dan melebarkan rekod bergelar pemain nombor satu buat kali kelapan selepas menewaskan Holger Rune 7-6 (7/4), 6-7 (1/7), 6-3 dalam perlawanan pembukaannya di ATP Finals.

Juara Grand Slam 24 kali itu hanya memerlukan satu kemenangan atau Carlos Alcaraz mengalami satu kekalahan untuk menguasai kedudukan teratas dalam ranking ATP 2023 selepas menang dalam pertembungan selama tiga jam Kumpulan Hijau menentang Rune.

Djokovic sepanjang tempoh 19 kemenangan berturut-turut, mengharungi tahun yang mencabar berikutan peningkatan usia bagaimanapun memenangi tiga gelaran Slam untuk menjadi pemenang rekod kejuaraan utama sepanjang masa.

Pemain berusia 36 tahun itu mara ke Pusingan Akhir di Turin selepas kejayaan ketujuhnya di Paris Masters, kemenangan ke-40 nya dalam acara Masters 100 itu.

Djokovic kini memburu gelaran ketujuh Pusingan Akhir yang akan membolehkannya mengatasi Roger Federer yang sudah bersara dengan kelebihan satu gelaran.

"Sangat bermakna. Anda dapat melihat bahawa terdapat banyak emosi di gelanggang," kata Djokovic.

"Saya dapat merasakannya, saya sangat bersemangat untuk memenangi perlawanan itu dan menyingkirkan suara sumbang dari belakang saya.

"Jelas sekali objektif besar, matlamat besar dicapai segala-galanya sekarang adalah bonus."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 November 2023 @ 10:43 AM