ANNEMIEK tiba dulu di garisan penamat dalam acara lebuh raya wanita dunia. FOTO EPA
ANNEMIEK tiba dulu di garisan penamat dalam acara lebuh raya wanita dunia. FOTO EPA
AFP

Wollongong: Pelumba berbasikal wanita Belanda, Annemiek Van Vleuten menunggang dalam kesakitan akibat patah siku untuk memenangi perlumbaan lebuh raya dunia wanita hari ini.

Annemiek melakukan pemecahan solo di lewat saingan untuk membolehkannya meraih jersi pelangi buat kali kedua.

Juara Tour de France berusia 39 tahun itu menangkis cabaran, Lotte Kopecky dari Belgium dengan kelebihan satu saat selepas mengharungi perlumbaan sejauh 164.3 kilometer (km) di sekitar Wollongong, selatan Sydney.

Pingat gangsa dimenangi oleh Silvia Persico dari Itali.

"Saya masih tidak percaya. Saya sedang menunggu seseorang untuk memberitahu ia tidak benar," kata Annemiek, yang patah siku dalam saingan berganti-ganti campuran pada hari Rabu lalu selepas terhempas teruk.

Pakar perubatan hanya memberinya lampu hijau semalam untuk membolehkannya beraksi dalam acara lebuh raya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 September 2022 @ 6:14 PM