FOSS berjaya meraih gelaran dunia sulung di Australia. FOTO AFP
FOSS berjaya meraih gelaran dunia sulung di Australia. FOTO AFP
AFP

Wollongong: Tobias Foss dari Norway melakar kejutan untuk menumbangkan juara bertahan dua kali Filippo Ganna dan meraih gelaran sulung ujian masa Kejohanan Dunia Lebuh Raya di Australia hari ini.

Pelumba berusia 25 tahun itu berjaya menakluki laluan sejauh 34.2 kilometer (km) dalam masa 40 minit 02.78 saat (s) untuk mengatasi wakil Switzerland Stefan Kung dengan jurang 2.95s.

Remco Evenepoel dari Belgium, yang baru memenangi Vuelta a Espana bulan ini, ketinggalan 9.16s di tempat ketiga pada hari pembukaan kejohanan di Wollongong, 80km di selatan Sydney.

Ganna dari Itali, nama besar dalam perlumbaan ujian masa, hanya menduduki tempat ketujuh, ketinggalan 56s.

Pemenang dua kali Tour de France dari Slovenia, Tadej Pogacar, yang bukan pakar ujian masa tulen, menduduki tempat keenam.

Foss memenangi Tour de l'Avenir pada 2020, tetapi bukan antara pilihan dan dia terkejut dengan kemenangan itu.

"Ia seperti mimpi, saya tidak percaya, ia sangat tidak masuk akal," katanya.

"Keadaan kaki saya sangat baik, saya yakin berada dalam keadaan baik, tetapi ini lebih daripada yang saya impikan," kata Foss

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 4:43 PM