ALVAREZ (kiri) ketika menentang Golovkin di Las Vegas. FOTO EPA
ALVAREZ (kiri) ketika menentang Golovkin di Las Vegas. FOTO EPA
AFP

Las Vegas: Saul 'Canelo' Alvarez mengekalkan gelaran dunia super middleweight selepas menewaskan Gennady Golovkin untuk melengkapkan trilogi pertarungan epik mereka di Las Vegas.

Alvarez dari Mexico menguasai saingan 12 pusingan di Arena T-Mobile, sebelum memenangi pertarungan hasil keputusan sebulat suara untuk mencetuskan suasana perayaan luar biasa.

Rata-rata yang meraikannya adalah peminat tinju Mexico yang menjadi penyebab utama jualan tiket pertarungan itu habis terjual.

Salah seorang juri perlawanan memberikan markah 116-112 mata, manakala dua lagi 115-113 mata.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada, kawan saya (Golovkin)," kata Alvarez selepas pertarungan.

Ia adalah keputusan yang diinginkan Alvarez, selepas mengalami kekalahan kedua dalam kariernya awal tahun ini selepas naik ke kelas light heavyweight untuk menentang Dmitry Bivol.

"Anda perlu terus mara ke hadapan, saya menunjukkan bahawa kekalahan boleh menjadi hebat dan anda boleh mendapatkan semula rasa rendah diri.

"Dia seorang pejuang yang baik, seorang pejuang yang sebenar. Saya gembira untuk berkongsi gelanggang dengannya," kata Alvarez.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 1:54 PM