AKSI  Djokovic cuba mengembalikan bola pukulan Davidovich Fokina.
AKSI Djokovic cuba mengembalikan bola pukulan Davidovich Fokina.
AFP

Monte Carlo, Monaco: Novak Djokovic berkata, di kehilangan 'gas' ketika tewas aksi pertama Masters Monte Carlo yang juga kejohanan keduanya tahun ini susulan enggan mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Pemain nombor satu dunia itu tewas 6-3, 6-7 (5/7), 6-1 kepada pemain ranking ke-46 dari Sepanyol, Alejandro Davidovich Fokina di pusingan kedua selepas sembilan servisnya dipatahkan lawan.

"Saya tidak suka cara fizikal saya pada set ketiga. Saya benar-benar kehilangan 'gas'.

"Sukar untuk kekal aksi rali dengan dia. Jika anda tidak boleh bertahan dengan kedua-dua kaki di atas tanah liat, anda akan gagal," kata Djokovic yang penampilan pada 2022 hanyalah di Dubai Februari lalu yang menyaksikan dia bermain tiga perlawanan sahaja.

Djokovic mengakui ketiadaannya dalam kebanyakan kejohanan menjejaskan mental dan emosi tetapi berkata dia tetap memandang ke hadapan menjelang kejohanan yang dimenangi pada 2013 and 2015.

Davidovich Fokina sebelum ini tewas straight set kedua-dua aksi dengan Djokovic di Rom dan Sukan Olimpik Tokyo musim lalu.

Juara bertahan, Stefanos Tsitsipas mara ke peringkat 16 selepas menang 6-3, 6-0 ke atas Fabio Fognini yang menjuarainya pada 2019.

Taylor Fritz satu-satunya pemain yang menewaskan Rafael Nadal tahun ini untuk menjuarai Indian Wells bulan lalu menewaskan pemain wildcard tuan rumah, Lucas Catarina 6-7 (6/8), 7-6 (7/5), 6-4.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2022 @ 10:36 AM