IOC gesa persekutuan sukan dan penganjur untuk menyingkirkan atlet Rusia dan Belarus. -FOTO EPA
IOC gesa persekutuan sukan dan penganjur untuk menyingkirkan atlet Rusia dan Belarus. -FOTO EPA
AFP

Geneva: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengesah persekutuan sukan dan penganjur untuk menyingkirkan atlet Rusia dan Belarus serta pegawai mereka daripada menyertai saingan antarabangsa selepas pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

Beberapa jam selepas itu Fifa sebagai badan induk bola sepak global menyingkirkan Rusia daripada Piala Dunia 2022 manakala UEFA juga menggantung pasukan kebangsaan Rusia dan kelab daripada semua aksi antarabangsa.

Rusia sepatutnya mengambil bahagian dalam akis play-off Piala Dunia Mac ini namun rancangan untuk bermain di wilayah berkecuali ditolak sebagai 'tidak boleh diterima' oleh saingan mereka Poland, Sweden dan Republik Czech.

"Bola sepak bersatu sepenuhnya dan kami bersatu bersama dengan semua yang terjejas di Ukraine," kata kenyataan dikeluarkan Fifa dan UEFA.

Sementara itu IOC, berkata mereka berdepan "dilema yang tidak boleh diselesaikan."

"Ketika atlet dari Russia dan Belarus boleh terus bertanding dalam acara sukan, ramai atlet dari Ukraine terhalang kerana negara mereka diserang," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

"Dalam usaha mempertahankan integriti kejohanan sukan global dan keselamatan semua peserta, IOC EB (majlis eksekutif) mencadangkan Persekutuan Sukan Antarabangsa dan penganjur acara sukan, tidak menjemput atau membenarkan atlet dari Russia dan Belarus serta pegawai mereka menyertai kejohanan antarabangsa."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2022 @ 8:08 AM