MARIYA Lasitskene. FOTO Agensi
MARIYA Lasitskene. FOTO Agensi
AFP

Paris: Juara lompat tinggi Olimpik Rusia, Mariya Lasitskene mendakwa Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach mencipta 'perang baharu' dengan mengesyorkan atlet Rusia dilarang daripada beraksi dalam pertandingan antarabangsa.

Berikutan pencerobohan Ukraine pada Februari, IOC mengesyorkan larangan ke atas atlet Rusia dan Belarus, permintaan yang diikuti oleh kebanyakan persekutuan.

"Kamu kata kamu membuat keputusan ini untuk keselamatan kami tetapi itu tidak benar. Pemain tenis Rusia yang bermain di seluruh dunia membuktikannya.

"Peminat menyukai atlet kerana persembahan yang mereka pamerkan, bukan kerana kewarganegaraan mereka.

"Dalam lompat tinggi, pesaing utama saya adalah atlet Ukraine. Saya tidak tahu bagaimana untuk memandang mata mereka, atau apa yang perlu saya katakan kepada mereka.

"Mereka dan keluarga mereka mengalami apa yang tidak sepatutnya dialami oleh seorang manusia.

"Keputusan anda tidak menghentikan perang sebaliknya mencetuskan perkara baru di sekeliling dan di dalam sukan, yang mustahil untuk dibendung," tulis Lasitskene dalam surat terbuka di Instagram miliknya.

Juara dunia tiga kali itu menambah: "Saya rasakan anda tidak mempunyai keberanian atau maruah untuk menamatkan sekatan terhadap atlet Rusia."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Jun 2022 @ 10:52 AM