TSITSIPAS memutuskan untuk menarik diri kerana mengalami kecederaan. -FOTO AFP
TSITSIPAS memutuskan untuk menarik diri kerana mengalami kecederaan. -FOTO AFP
AFP

Paris: Finalis Terbuka Perancis, Stefanos Tsitsipas mengetuai senarai pemain pilihan yang terkeluar daripada saingan di Paris Master apabila mengalami kecederaan lengan yang memaksanya menarik diri daripada perlawanan buat kali pertama dalam kariernya.

Pemain dari Greece berusia 23 tahun itu tidak memulakan set kedua ketika menentang pemain Australia, Alexei Popyrin selepas terpaksa menarik diri di set pertama biarpun sedang mendahului 4-2.

Tsitsipas yang menduduki ranking ketiga dunia berkata, dia lebih pentingkan dan mahu cergas sepenuhnya menghadapi perlawanan ATP akhir musim ini di Turin.

"Saya tidak pernah menarik diri dalam karier saya dan ia satu yang perlu saya lakukan hari ini," katanya.

"Saya cuba untuk berhati-hati untuk kejohanan seterusnya yang mana ia lebih penting kepada saya."

Tsitsipas enggan memaklumkan punca sebenar masalahnya itu namun sedar ia akan menjadi isu untuk seketika.

Tidak seperti Tsitsipas, Alexander Zverev yang diletakkan pilihan keempat berjaya melakar kemenangan ke atas pemain Serbia, Serb Dusan Lajovic, 6-3, 7-6 (7/5) biarpun bergelut dengan kecederaan leher.

Terdahulu semi finalis Terbuka Amerika Syarikat, Felix Auger-Aliassime tewas kepada straight set kepada Dominik Koepfer yang sebelum ini menundukkan bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray di pusingan pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 November 2021 @ 11:24 AM