Tsitsipas tewaskan Djokovic pada suku akhir di Shanghai. FOTO REUTERS
Tsitsipas tewaskan Djokovic pada suku akhir di Shanghai. FOTO REUTERS
Reuters

PEMAIN Greece Stefanos Tsitsipas bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menyingkirkan pilihan utama, Novak Djokovic 3-6 7-5 6-3 pada suku akhir Shanghai Masters, hari ini.

Ia adalah kemenangan pertamanya ke atas ranking nombor satu dunia itu.

Pemain berusia 21 tahun itu beraksi pada kejohanan itu selepas menempah tempat ke pusingan akhir ATP bulan depan sekaligus meraikan kejayaan karier keduanya mengatasi Djokovic dalam tiga pertemuan.

Tsitsipas kini mencatat kemenangan ke atas semua tiga pemain utama ‘Big Three’ tahun ini selepas mengatasi Roger Federer pada Terbuka Australia dan Rafa Nadal di Madrid.

“Dia beraksi dengan permainan berkualiti tinggi dan dia beraksi dengan baik selepas servis pertama.

“Dia mempertahankan servisnya dengan baik, pukulan agresif pukulan pertama dalam permainan rali,” kata Djokovic pemenang Terbuka Jepun yang beraksi dengan tujuh kemenangan berturut-turut sebelum ini.

“Saya tidak dapat banyak bertahan. Saya hanya memberikan masa secukupnya untuk dia bermain di belakang gelanggang dan dia berhak menang.”

Tsitsipas akan berdepan pemain Russia, Daniil Medvedev pada saingan empat terakhir yang mengatasi pemain Itali Fabio Fognini 6-3 7-6(4).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Oktober 2019 @ 7:29 PM