AMIRUDIN beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 di Pekan Kuala Kubu Baharu malam ini. FOTO Bernama.
AMIRUDIN beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 di Pekan Kuala Kubu Baharu malam ini. FOTO Bernama.
BERNAMA

Hulu Selangor: Kerajaan Negeri Selangor menerusi beberapa anak syarikat termasuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan beberapa syarikat teknologi di Jerman untuk memajukan lagi negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata MoU itu, yang membabitkan syarikat teknologi seperti Siemens, KNX dan Mendix, ditandatangani ketika beliau bersama delegasi Malaysia melawat Jerman baru-baru ini bagi menyertai Hannover Messe iaitu forum dan pameran teknologi.

"Ini semua memberikan peluang untuk meningkatkan sumber manusia dalam negeri kita di samping menambah pelaburan bernilai tinggi dan mampu membawa peluang pekerjaan kepada semua rakyat di Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Riuh Raya #KitaSelangor 2024 di sini malam ini.

Amirudin juga berkata Selangor terbuka untuk menjadi 'rumah' dan 'payung' kepada semua rakyat Malaysia yang berhijrah ke negeri itu atas semangat kebersamaan serta perpaduan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 11:50 PM