REGAN rangkul dua emas di Siri Pro Swim di Westmont. -FOTO AFP
REGAN rangkul dua emas di Siri Pro Swim di Westmont. -FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Regan Smith mempamerkan renangan mengagumkan apabila menjuarai acara 200m kuak kupu-kupu dan 100m kuak lentang di Siri Pro Swim di Westmont, Illinois ketika Caeleb Dressel meraih kemenangan kedua.

Smith mendominasi acara 200m kuak kupu-kupu itu dengan catatan 2 minit 04.80 saat, emas saat lebih pantas daripada perenang di tempat kedua, Dakota Luther (2:08.94).

Kira-kira setengah jam kemudian dia kembali memenangi acara 100m kuak lentang dalam rekod terbuka AS 57.64s.

Sekali lagi dia menang dengan margin besar, dengan perenang remaja, Leah Shackley kedua dengan 59.76s.

Sementara itu juara Olimpik Caeleb Dressel yang berdepan masalah di blok permulaan yang rosak dan sistem masa yang tidak berfungsi merangkul kemenangan dalam acara acara 50m gaya bebas dengan catatan masa 21.84s, Santo Condorelli (21.89) kedua dan Jack Alexy (21.90) ketiga.

Manakala Torri Huske yang menang dalam acara 100m kuak kupu-kupu Khamis lalu sekali lagi mempamerkan aksi terbaik terbaiknya untuk memenangi acara 50m gaya bebas wanita dengan catatan 24.31 mengatasi pingat Olimpik 2016, Simone Manuel, yang mencatat 24.49.

Lilly King melengkapkan kejayaan meraih emas dalam acara kuak dada selepas merekodkan 2:25.97s.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2024 @ 12:07 PM