PELUMBA Slovenia, Matej Mohoric mewakili pasukan Bahrain - Victorious memenangi perlumbaan peringkat ketujuh Tour de France 2021 sejak 249.1km, hari ini. FOTO EPA
PELUMBA Slovenia, Matej Mohoric mewakili pasukan Bahrain - Victorious memenangi perlumbaan peringkat ketujuh Tour de France 2021 sejak 249.1km, hari ini. FOTO EPA
AFP

Le Creusot, Perancis: Pelumba Slovenia, Matej Mohoric memenangi peringkat ketujuh Tour de France, hari ini, pada ketika Mathieu van der Poel mengekalkan jersi kuning apabila mengetuai kelompok pelumba pemisah pada perlumbaan sejak 249 kilometer (km) dari Vierzon ke Le Creusot.

Juara bertahan, Tadej Pogacar kekal sebagai pencabar manakala pelumba terbaik pasukan Ineos, Richard Carapaz membuang tenaga apabila cuba melakukan pemisahan sebelum dipintas semula.

Percubaan pemisahan berlaku selepas 50km perlumbaan peringkat terpanjang dan pelumba pilihan, Pogacar terkejut apabila lebih 20 pelumba meloloskan diri.

Kumpulan pendahulu kemudian berada tujuh minit di depan dan menimbulkan kekeliruan kepada kelompok pelumba yang tertinggal di belakang.

Selepas perlumbaan, Pogacar mengakui dia masih terkesan dengan kemenangan acaraa ujian masa individu, Rabu lalu dan menyatakan dia tidak mahu menyerah kalah untuk mengejar kelompok pendahulu dan berterima kasih kepada pasukannya.

"Saya tahu memang sukar apabila mereka membuat pemisahan dalam keadaan angin kuat, tetapi saya bangga dengan pasukan yang membantu. Saya tidak boleh terlalu gagah setiap hari," kata pelumba berusia 22 tahun itu.

Sementara itu, Mohoric, melonjak ke tempat keempat keseluruhan selepas kemenangan hari ini dan turut memakai jersi polka-dot sebagai Raja Bukit.

"Ia tidak mengelirukan," kata Mohoric. "Ini melengkapkan impian saya selepas menang di the Giro dan the Vuelta," katanya.

"Tetapi, ini adalah sesuatu yang berbeza. Ini adalah perlumbaan basikal terbesar di dunia."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 1:28 AM