JUARA bertahan yang juga pelumba pasukan UAE Emirates, Tadej Pogacar dari of Slovenia memakai jersi kuning selaku pendahulu selepas peringkat kelapan Tour de France. FOTO AFP
JUARA bertahan yang juga pelumba pasukan UAE Emirates, Tadej Pogacar dari of Slovenia memakai jersi kuning selaku pendahulu selepas peringkat kelapan Tour de France. FOTO AFP
AFP

Le Grand-Bornand, Perancis: Juara bertahan, Tadej Pogacar merampas kedudukan sebagai pendahulu Tour de France, hari ini pada ketika peringkat perlumbaan memasuki kawasan pergunungan Alpine itu dimenangi pelumba Belgium, Dylan Teuns.

Pelumba Slovenia, Pogacar menamatkan perlumbaan di tempat keempat iaitu hampir seminit di belakang Teuns, tetapi ia adalah amaran awal ketika perlumbaan memasuki kawasan pergunungan dan dia mendahului tiga minit di depan pencabar dari pasukan Ineos, Richard Carapaz.

Pendahulu jersi kuning semalam, Mathieu van der Poel pulang mengotakan janjinya untuk meninggalkan TdF dan berlepas ke Sukan Olimpik Tokyo untuk bertanding acara basikal bukit.

Pogacar sekali lagi membuktikan dia berada pada satu tahap lebih baik berbanding pelumba lain.
Berbaki 13 lagi peringkat perlumbaan, dia mendahului dengan kelebihan 1 minit 48 saat di depan Wout Van Aert, yang juga harapan utama pasukan Jumbo selepas Primoz Roglic terjatuh pada peringkat awal TdF dan gagal menyerlah.

Pogacar, 22, akan memakai jersi kuning buat kali kedua, esok. Tahun lalu, dia merampas jersi itu pada hari kedua terakhir TdF 2020 dan kali ini, menunjukkan penguasaannya lebih awal.

Perlumbaan sejak 150 kilometer itu dipenuhi pendakian dan ia adalah yang pertama daripada lapan peringkat perlumbaan di kawasan pergunungan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 12:46 AM