Khedira beli 1,200 tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Norway untuk diagihkan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. FOTO AFP
Khedira beli 1,200 tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Norway untuk diagihkan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. FOTO AFP
Agensi

Pemain tengah Jerman, Sami Khedira beli 1,200 tiket untuk diagihkan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik pada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Norway di Stuttgart, Jerman pagi ini.

Antara yang menerima tiket itu adalah kanak-kanak penghidap kanser dan pengagihan tiket diuruskan Yayasan Khedira.

Khedira yang juga bintang Juventus berkata, kanak-kanak berkenaan tidak berpeluang menonton perlawanan bola sepak seperti itu, justeru beliau membantu mereka.

“Ini perlawanan membabitkan negara di Stuttgart. Bagi saya, apa yang penting adalah bukan sekadar memberi wang, tetapi kanak-kanak terbabit memperoleh sesuatu daripadanya (menonton perlawanan bola sepak).

“Kebanyakan mereka tiada peluang untuk hadir di stadium kerana beberapa sebab antaranya kewangan atau pengangkutan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2017 @ 12:15 AM