Pelumba Itali dan Trek Segafredo, Vincenzo Nibali. FOTO Agensi
Pelumba Itali dan Trek Segafredo, Vincenzo Nibali. FOTO Agensi
AFP

Gorizia, Itali: Juara dua kali Giro d'Italia, Vincenzo Nibali akan menjalani imbasan selepas mengalami kecederaan di tulang rusuk akibat terjatuh dalam perlumbaan peringkat ke-15 umum pasukan Trek-Segafredo.

Pelumba berusia 36 tahun yang memenangi perlumbaan itu pada 2013 dan tiga tahun kemudian, terbabas selepas berhenti secara tiba-tiba untuk mengelak daripada melanggar basikal lain.

Pelumba Itali itu kembali meneruskan perlumbaan tetapi mengalami di bahagia dada ketika peringkat antara Grado dan Gorizia berhampiran sempadan Slovenia.

Nibali berada 30 minit di belakang pendahulu pelumbaan keseluruhan Egan Bernal dari Colombia dengan perlumbaan berbaki kurang seminggu.

Usaha pelumba dari Sicily itu untuk memburu gelaran di perlumbaan yang berlangsung di negara kelahirannya menerima tamparan dengan mengalami kecederaan pada pergelangan tangan sebelum mendapat kebenaran sehari sebelum perlumbaan bermula di Turin.

Bekas juara Tour de France dan Vuelta a Espana juga bergelut dengan laluan pendakian di Monte Zoncolan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Mei 2021 @ 1:48 PM