MAYWEATHER (kiri) dan Paul berentap pada  6 Jun.
MAYWEATHER (kiri) dan Paul berentap pada 6 Jun.
AFP

Los Angeles: Bekas raja welterweight dunia, Floyd Mayweather berkata dia akan menentang personaliti YouTube, Logan Paul dalam pertarungan pertunjukan di Stadium Hard Rock, Miami pada 6 Jun depan.

"Logan Paul dan saya akan bertarung di Stadium Hard Rock. Mayweather Promotions, Fanmio and Showtime akan bekerjasama memberikan anda pertarungan epik,'' kata Mayweather di Instagram.

Mayweather Promotions dalam ciapannya pula menganggap ia pertarungan bersejarah.

Bagaimanapun, pengumuman itu tidak menyatakan lebih lanjut seperti jumlah pusingan dan saiz sarung tangan bakal digunakan.

Paul, 26, kali pertama terbabit dengan tinju kolar putih menentang YouTuber Britain, KSI pada 2018 yang dilaporkan menarik 1.3 juta penonton berbayar seluruh dunia sebelum pertarungan semula pada 2019 di Los Angeles.

Mayweather yang berusia 44 tahun pula tidak bertarung sejak menewaskan bintang seni bela diri campuran, Conor McGregor dengan TKO di Las Vegas pada 2017.

Mayweather (50-0, 27 KO) keluar daripada persaraan untuk pertarungan itu selepas dua tahun menggantung sarung tinju.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 April 2021 @ 11:30 AM