MAYWEATHER (kanan) tenang berdepan Paul dalam perlawanan pertunjukan. FOTO AFP
MAYWEATHER (kanan) tenang berdepan Paul dalam perlawanan pertunjukan. FOTO AFP
AFP

Miami: Floyd Mayweather seperti dijangka berjaya mendominasi pertarungan pertunjukan menentang bintang YouTube Logan Paul yang berlangsung lapan pusingan di Stadium Hard Rock di Miami, Florida.

Mayweather menampilkan persembahan menghiburkan walaupun gagal menumbangkan lawannya itu di gelanggang pasukan American Football, Miami Dolphins.

Hujan yang turun sekejap gagal untuk menyaksikan Mayweather memberikan aksi lebih baik pada penampilan pertamanya sejak menumpaskan atlet kickboxer Jepun, Tenshin Nasukawa pada Disember 2018.

Bekas juara heavyweight dunia Evander Holyfield turut menyaksikan pertarungan membabitkan sensasi Internet, Paul, 26, yang turut gembira berjaya mengharungi kesemua lapan pusingan.

Mayweather menamatkan karier tinjunya pada tahun 2017 dengan rekod 50-0 selepas menewaskan bintang UFC, Conor McGregor di Las Vegas.

Memandangkan pertarungan menentang Paul adalah sekadar pertunjukan dan tidak dikategorikan sebagai pertarungan profesional dan berlesen, tiada juri untuk menentukan pemenang dan hanya knockout sahaja akan menentukan kemenangan.

Paul, yang mengharungi pertarungan ketiganya selepas dua pertemuan menentang seorang lagi bintang YouTube, KSI, berharap dapat mengulangi pertarungan menentang Mayweather, 44, di masa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Jun 2021 @ 2:37 PM