AKSI pemain negara ketika menentang Afrika Selatan.
AKSI pemain negara ketika menentang Afrika Selatan.
Jugjet Singh


Kuala Lumpur: Emosi jelas 'membelenggu' skuad Malaysian Tigers di dua suku pertama perlawanan memandangkan mereka begitu berusaha gigih untuk melakar kemenangan berbanding bermain corak permainan kebiasaan mereka.

Itu kata ketua jurulatih pasukan hoki lelaki kebangsaan, Arul Selvaraj selepas tewas 3-6 di tangan Afrika Selatan pada aksi klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-16 di Stadium Birsa Munda.

Malaysia kini dijadual beraksi pada klasifikasi ke-13 hingga ke-16 menentang pasukan yang tewas antara Jepun dan India.

"Saya sangat kecewa dengan kekalahan ini terutama terutama prestasi pada separuh masa pertama apabila pemain saya begitu berusaha keras dan membiarkan emosi mengganggu mereka sehingga Afrika Selatan meledak tiga gol.

"Saya tidak kecewa dengan semangat juang mereka kerana mereka sudah cuba bersaing selepas rehat babak pertama. Saya kecewa yang kami tercicir di suku kedua terawal kerana emosi.

"Mereka melakukan kesilapan mudah di padang kerana emosi sudah menggangu mereka. Apabila seorang mencuba (dalam perlawanan) ia menjadi lain dan kesalahan berlaku. Mereka perlu tenang (tetapi tidak)," kata Arul.

Malaysia mempunyai pakar psikologi untuk Piala Asia, Piala Sultan Azlan Shah dan Piala Negara-Negara tetapi tidak di Piala Dunia kerana regulasi hanya membenarkan 10 pegawai dan 20 pemain saja disenaraikan.

"Satu-satunya perlawanan yang kami kecewa di Piala Dunia adalah hari ini kerana kami bermain dengan baik ketika menentang New Zealand dan Sepanyol.

"Malah hari ini, terdapat semangat dalam mata mereka ketika mereka kembali selepas waktu rehat tetapi emosi mengganggu mereka.

"KPI saya juga adalah membawa Malaysia ke Sukan Olimpik Paris menerusi Sukan Asia ataupun kejohanan kelayakan bermula Januari ini. Piala Dunia sebahagian daripada persiapan dan kami akan mengambil pengajaran daripada perlawanan dengan Sepanyol dan New Zealand dan melupakan Afrika Selatan untuk bangkit."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 January 2023 @ 5:53 PM