ALCANTARA antara pemain yang disifatkan luar biasa oleh Klopp. -FOTO AFP
ALCANTARA antara pemain yang disifatkan luar biasa oleh Klopp. -FOTO AFP
AFP

Madrid: Pemain tengah antarabangsa Sepanyol, Thiago Alcantara mengumumkan persaraannya pada usia 33 tahun, melalui mesej di rangkaian sosialnya, semalam.

"Terima kasih, bola sepak. Dan kepada semua yang menemani saya dan menjadikan saya pemain dan orang yang lebih baik sepanjang perjalanan ini," tulisnya di X.

Liverpool melepaskan Thiago apabila kontraknya tamat pada penghujung musim lalu.

"Secara teknikal, dia sangat bagus.

"Seorang pemain berbakat yang boleh bermain dalam mana-mana pasukan di dunia dan satu keistimewaan dapat memilikinya bersama kami.

"Kecederaan menjadi kekecewaan baginya dan juga bagi kami tetapi tahap permainan yang dipamerkan ketika dia dapat beraksi sungguh luar biasa," kata pengurus Jurgen Klopp ketika keputusan itu diumumkan.

Dilahirkan di Itali, di mana bapanya, Mazinho, adalah pemain Brazil yang memenangi Piala Dunia 1994, bermain untuk Lecce. Adik lelakinya, Rafinha, seorang pemain antarabangsa Brazil yang dilahirkan di Barcelona, bermain di Arab Saudi.

Thiago memulakan kerjaya seniornya dengan Barcelona pada 2009. Antara trofi yang berjaya di memenanginya ialah empat gelaran Liga, Liga Juara-Juara 2011 dan Piala Dunia Kelab. Dia kemudian menghabiskan tujuh tahun di Bayern Munich dan memenangi Bundesliga setiap musim.

Dia kemudian menghabiskan tujuh tahun di Bayern Munich memenangi Bundesliga setiap musim. Trofi kejuaraannya di Munich termasuk Piala Dunia Kelab 2013 dan Liga Juara-Juara 2020.

Selama empat tahun bersama Liverpool, dia memenangi Piala FA dan layak ke Liga Juara-Juara kali ketiga.

Thiago menang kejuaraan B-17 dan B-20 bersama Sepanyol dan meraih 46 cap senior antara 2011 dan 2021 tetapi terlepas kejayaan memenangi Euro 2012 kerana kecederaan belakang.

"Saya sentiasa bersedia untuk membalas semula apa yang dianugerahkan kepada saya dan saya amat bersyukur menikmati saat-saat indah itu," katanya dalam hantaran di X.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2024 @ 8:59 AM