DJOKOVIC beraksi seperti bermain biola untuk anak perempuannya ketika dia meraikan kemenangan menentang Holger Rune dari Denmark. -FOTO AFP
DJOKOVIC beraksi seperti bermain biola untuk anak perempuannya ketika dia meraikan kemenangan menentang Holger Rune dari Denmark. -FOTO AFP
AFP

London: Novak Djokovic menuduh penyokong Wimbledon "tidak hormat" apabila menerima kecaman di gelanggang selepas mara ke suku akhir Grand Slam ke-60 dan ke-15 di Kelab All England.

Djokovic nombor dua dunia, juara tujuh kali di Wimbledon dan memburu kejuaraan utama ke-25 untuk mencipta rekod, menewaskan Holger Rune yang menduduki ranking ke-15, 6-3, 6-4, 6-2.

Djokovic kemudiannya berang apabila sebahagian daripada penyokong di gelanggang utama yang sentiasa melaungkan "Rune" sepanjang perlawanan dan mencemuh pemain Serbia itu.

"Kepada semua peminat yang menghormati dan berada di sini malam ini, saya mengucapkan terima kasih dari lubuk hati saya dan saya menghargainya," kata Djokovic dengan marah.

"Dan kepada semua orang yang memilih untuk tidak menghormati pemain - dalam kes saya ini, selamat malam," tambahnya.

Apabila diberitahu oleh wartawan TV ketika ditemubual beberapa peminat menjerit "Runeeee" dan bukannya "boo" Djokovic membalas.

"Mereka (mengejek boo). Saya tidak menerimanya. Tidak, tidak, tidak. Saya tahu mereka menyokong Rune tetapi itu juga alasan untuk 'boo'," katanya.

"Dengar, saya menyertai jelajah itu selama lebih 20 tahun. Saya tahu semua helah, saya tahu bagaimana ia berfungsi. Saya memberi tumpuan kepada orang yang menghormati yang membayar tiket, dan suka tenis dan menghargai pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2024 @ 10:30 AM