SOLOZ (tiga dari kiri) pada sambutan ulang tahun ketujuh MLBB. FOTO Ihsan MLBB Malaysia
SOLOZ (tiga dari kiri) pada sambutan ulang tahun ketujuh MLBB. FOTO Ihsan MLBB Malaysia
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Berita baik buat peminat dan mereka yang aktif bermain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) apabila berpeluang untuk menuntut hadiah secara percuma dan eksklusif seperti Avatar Borders Khas, Battle Emotes dan Recall Effects.

Hadiah berkenaan sempena sambutan ulang tahun ketujuh MLBB dan orang ramai boleh mendapatkannya bermula 30 September sehingga 15 Oktober ini.

"Apa yang perlu dilakukan oleh pemain ialah log masuk ke akaun mereka untuk menuntut hadiah secara percuma dan ganjaran terbesar dalam permainan MLBB.

"Untuk menjadikannya lebih menarik, semua wira dalam permainan semasa tempoh sambutan ini adalah percuma untuk masa yang terhad sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, mereka turut mengadakan Karnival MLBB di Imago, Kota Kinabalu, Sabah pada 30 September sehingga 1 Oktober yang lalu dan berjaya menarik ramai peminat datang ke program berkenaan.

"Acara ini mendapat tarikan daripada peminat MLBB yang hadir memberi sokongan selain terdapat persembahan artis seperti Bunkface dan Insomniacs.

"Kehadiran beberapa pempengaruh seperti Soloz, SK Penjahat, CikuGais dan Moon memeriahkan lagi program yang dianjurkan itu.

"MLBB sangat menghargai para peminat kerana telah membantu menjayakan permainan ini sejak dari awal penubuhannya.

"MLBB akan menjadikan ekosistem e-sukan terus berkembang dan memastikan permainan ini terus menjadi tarikan dengan kerjasama pelbagai jenama terkemuka," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2023 @ 11:53 AM