ALLASSANE Ouattara (kanan) mengucapkan tahniah kepada barisan pemain Ivory Coast yang muncul juara Piala Negara-Negara Afrika. FOTO AFP
ALLASSANE Ouattara (kanan) mengucapkan tahniah kepada barisan pemain Ivory Coast yang muncul juara Piala Negara-Negara Afrika. FOTO AFP
AFP

Abidjan: Pemain Ivory Coast dan jurulatih mereka, Emerse Fae diberi bayaran bonus dan vila semasa majlis bersama presiden, semalam untuk meraikan kemenangan tuan rumah muncul juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

The Elephants menewaskan Nigeria 2-1 pada perlawanan akhir Isnin lalu untuk menjulang mahkota benua itu buat kali ketiga.

Setiap ahli skuad itu diberi 50 juta CFA franc (RM392,500) dan sebuah vila dengan nilai yang sama.

Jurulatih, Fae menerima 100 juta CFA franc (RM780,900) kerana muncul wira selepas menggantikan Jean-Louis Gasset yang dipecat pada pertengahan kejohanan susulan kekalahan 0-4 di tangan Equatorial Guinea pada saingan peringkat kumpulan.

"Anda telah membawa kebahagiaan kepada semua rakyat Ivory, tahniah," kata Presiden Ivory Coast, Alassane Ouattara.

Kesemua pemain juga dianugerahkan national order, iaitu penghormatan awam tertinggi di

negara berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Februari 2024 @ 10:56 AM