MARSEILLE sebelum ini mengesahkan lima pemain mereka dijangkiti Covid-19. FOTO Agensi
MARSEILLE sebelum ini mengesahkan lima pemain mereka dijangkiti Covid-19. FOTO Agensi
AFP

GERGASI bola sepak Perancis, Marseille mengumumkan tiga individu di kelab berkenaan diuji positif Covid-19, selepas lima pemain mereka dijangkiti virus berkenaan minggu lalu.

"Marseille ingin memberitahu tiga lagi individu terbabit dalam kes Covid-19," kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Marseille, yang terpaksa membatalkan aksi sulung musim baru Ligue 1 Jumaat lalu kerana lima individu terbabit dengan kes berkenaan, menjelaskan mereka sudah memberitahu Liga Perancis mengenai perkara itu.

Lima pemain sebelum ini sah dijangkiti virus berkenaan, namun nama mereka tidak didedahkan dan tidak menunjukkan sebarang simptom.

Selain Marseille, beberapa lagi pasukan Ligue 1 juga terbabit dengan jangkitan virus berkenaan, termasuk Nimes, Montpellier, Lens, Nice, Angers, Monaco dan Brest.

Paris Saint-Germain, memperoleh pengecualian dari penganjur liga untuk menangguhkan aksi pembukaan musim mereka, yang awalnya dijadualkan pada hari Sabtu menentang Lens, diubah kepada 10 September.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2020 @ 8:51 PM