UEFA melarang perancangan untuk menghiasi lampu warna pelangi di Allianz Arena ketika perlawanan Kumpulan F antara Jerman dan Hungary. FOTO AFP
UEFA melarang perancangan untuk menghiasi lampu warna pelangi di Allianz Arena ketika perlawanan Kumpulan F antara Jerman dan Hungary. FOTO AFP
AFP

Berlin: Uefa meminta semua penaja, termasuk Volkswagen, tidak mengiklankan papan tanda dengan warna pelangi sebagai sokongan kepada komuniti LGBTQ di Baku dan Saint Petersburg untuk aksi Euro 2020, kerana mendakwa ia melanggar undang-undang tempatan.

"Uefa mengarahkan dalam persiapan gelanggang di Russia dan Azerbaijan supaya kami tidak menggunakan papan iklan berwarna pelangi di Saint Petersburg dan Baku," kata pengeluar kereta ternama Jerman, Volkswagen menerusi kenyataan kepada AFP.

Apabila dihubungi AFP, jurucakapnya berkata, pada ketika Uefa menyokong penuh mesej toleransi dan penghormatan, mereka meminta penaja memastikan reka bentuk papan tanda sesuai dengan peraturan tempatan.

Persatuan gay dan lesbian Jerman (LSVD) jelas berang dengan pendirian Uefa itu.

Ketika aksi terakhir Kumpulan F antara Jerman dan Hungary, pihak berkuasa Munich mahu menyalakan lampu warna pelangi di Allianz Arena sebagai sokongan kepada komuniti LGBTQ, tetapi keputusan itu dihalang Uefa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Julai 2021 @ 2:18 AM