PASUKAN Sepanyol menjalani latihan menjelang aksi pusingan 16 menentang Georgia. FOTO Agensi
PASUKAN Sepanyol menjalani latihan menjelang aksi pusingan 16 menentang Georgia. FOTO Agensi
Reuters

Berlin, Jerman: Rekod sempurna Sepanyol dalam Euro 2024 menjadikan mereka pasukan pilihan untuk menewaskan Georgia apabila bertembung di pusingan 16 terbaik, Isnin ini.

Dengan rekod jaringan yang sempurna termasuk meledak lebih 10 gol pada pusingan kelayakan sebelum ini, momentum itu diteruskan dalam tiga aksi peringkat kumpulan Euro di Jerman dan berpotensi memenangi kejohanan itu.

Menurut pertahanan kiri Sepanyol, Alejandro Grimaldo, biarpun La Roja dilabel pasukan pilihan namun berdepan Georgia bukanlah tugas mudah, di mana lawan dianggap sebagai pembunuh gergasi.

Ia dibuktikan apabila Georgia mengejutkan Portugal dengan kemenangan 2-0 selain mengikat Republik Czech 1-1 di peringkat kumpulan sebelum ini.

"Sebulan yang lalu, kami hampir tidak mempunyai peluang kata peminat dan pihak media. Sekarang kami adalah pasukan pilihan, ia berubah dengan cepat.

"Menjadi pilihan tidak membantu kami sama sekali, kami tidak mahu tekanan itu. Kami selalu berkata kami datang ke sini untuk memenangi Euro dan kami masih mempunyai mentaliti itu.

"Tetapi kami tahu kami perlu mengambil satu perlawanan ke satu perlawanan, langkah demi langkah dan memburu kemenangan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2024 @ 9:41 PM