Del Bosque memberi arahan pada sesi latihan Sepanyol di kem latihan Las Rozas. FOTO REUTERS
Del Bosque memberi arahan pada sesi latihan Sepanyol di kem latihan Las Rozas. FOTO REUTERS
AFP

Madrid: Jurulatih Sepanyol Vicente del Bosque menegaskan La Roja perlu mencipta sejarah menjulang Piala Negara Eropah kali ketiga berturut turut biarpun tersingkir selaku juara bertahan Piala Dunia dua tahun lalu.

Skuad Del Bosque muncul skuad pertama mengekalkan gelaran Euro di Poland dan Ukraine empat tahun lalu tetapi terkeluar selepas dua perlawanan pada Piala Dunia selepas dibelasah oleh Belanda dan Chile.

Sepanyol kecundang 1-0 kepada pasukan bukan pilihan Georgia pada perlawanan persiapan terakhir menjelang Euro 2016 awal pagi tadi.

"Kami tidak perlu meletakkan sebarang had," kata Del Bosque.

"Ia bermakna tidak boleh mengatakan jika ke separuh akhir kami akan gembira tetapi perlu aspirasi untuk memenanginya.

"Ini adalah sukan dan kami tidak tahu berapa jauh kami akan pergi tetapi perlu mengekalkan impian terus bersaing memburu gelaran ketiga Euro."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 3:46 PM