RONALDO melakukan hantaran kepada Fernandes sebagai membalas budi. FOTO Agensi
RONALDO melakukan hantaran kepada Fernandes sebagai membalas budi. FOTO Agensi
Agensi

Berlin: Cristiano Ronaldo dilihat memakai kasut buatan khas rakan sepasukannya, Bruno Fernandes semasa kemenangan Portugal ke atas Turkiye.

Portugal menewaskan Turkiye 3-0 Ahad lalu ketika mereka menempah tempat ke pusingan seterusnya Euro 2024.

Bernardo Silva membuka jaringan sebelum Samet Akaydın menjaringkan gol sendiri yang lucu.

Pada separuh masa kedua, Ronaldo melakukan bantuan jaringan buat Bruno Fernandes untuk gol ketiga mereka tatkala mata peminat memberi tumpuan kepada perkara sama.

Dia melakukan bantuan jaringan dengan memakai kasut buatan khas Fernandes.

Bintang Manchester United itu meminjamkan kasutnya kepada Ronaldo pada separuh masa kedua dan jelas sekali nama anak Fernandes tertera pada kasut berkenaan.

Nama Matilde ditulis pada kasut merah jambu pemenang Ballon d'Or lima kali itu selepas rehat.

Ronaldo masih belum menjaringkan gol di Euro 2024, tetapi dia sudah melakukan satu bantuan jaringan dan akan berusaha untuk mencatatkan gol apabila Portugal meneruskan kempen mereka Khamis depan menentang Georgia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 1:35 AM