REAKSI  Spalletti  memberi arahan kepada pemain Itali ketika menentang Sepanyol.  FOTO AFP
REAKSI Spalletti memberi arahan kepada pemain Itali ketika menentang Sepanyol. FOTO AFP
AFP

Gelsenkirchen, Jerman: Luciano Spalletti mengakui dia mahu Itali bermain seperti Sepanyol selepas pasukannya tewas 0-1 di tangan La Roja dalam saingan Euro 2024, awal pagi tadi.

Kemenangan Sepanyol yang mara ke peringkat 16 di Gelsenkirchen menyerlahkan jurang besar di antara bakat kedua-dua pasukan.

"Semua orang mahu meniru Sepanyol seperti mereka sudah bermain bola sepak dalam tempoh lama," kata jurulatih Itali, Spalletti.

"Saya perlu memberitahu pemain dan mahu mereka faham cara beraksi seperti itu kerana jika anda menentang pasukan seperti Sepanyol, ia akan menjadi sukar."

Sepanyol lebih mendominasi perlawanan, banyak mencipta peluang tetapi hanya mendapat satu gol hasil ketangkasan penjaga gol Itali Gianluigi Donnarumma.

"Keputusan ini menunjukkan mereka beraksi pasukan dan kami tidak. Mereka lebih berhak menang tidak kira berapa jumlah gol mereka jaringkan," tambah Spalletti.

"Kami tidak akan menang dan pasti sengsara jika menentang pasukan yang beraksi seperti tahap ini."

Walaupun tewas, Itali akan mara ke peringkat 16 terakhir bersama Sepanyol dalam Kumpulan B jika seri atau menang ke atas Croatia Isnin ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 7:43 AM