PEMAIN Sepanyol, Pedri. FOTO Agensi
PEMAIN Sepanyol, Pedri. FOTO Agensi
Agensi

Barcelona: Pemain tengah Barcelona, Pedri akui ikatan kekeluargaan dikalangan pemain adalah kunci keharmonian Sepanyol dalam mengharungi saingan Euro 2024 di Jerman.

Pedri yang bakal tampil dalam kejohanan antarabangsa ketiganya selepas muncul selaku pemain paling muda Sepanyol di Euro 2021 pada usi 18 tahun akan sekali lagi menjadi nadi utama skuad La Roja itu.

Dia yang turut dipilih sebagai pemain terbaik Euro 2021 lalu menganggap peluang pasukannya untuk melangkah jauh di saingan itu tetap ada biarpun bakal ditentang pasukan-pasukan terkuat lain.

Katanya, barisan kali ini tampil seimbang dengan beberapa muka berpengalaman turut di bawa, di mana elemen kekeluargaan adalah elemen penting pasukan itu ketika ini.

Ujarnya lagi, walaupun dia mempunyai kekurangan pengalaman bersaing di peringkat antarabangsa namun terdapat beberapa pemain lain yang boleh membantu untuk mencapai kejayaan di Jerman.

"Kami sudah membincangkan perkara ini iaitu aset terbesar kami adalah semangat berpasukan dan tetap menjadi sebuah keluarga sama ada di dalam dan di luar padang.

"Saya lihat ramai pemain yang ingin menjadi ketua dalam pasukan dan membantu kami.

"Tetapi saya rasa apa yang penting dalam sebuah pasukan adalah satu pasukan perlu bekerjasama dan tiada yang perlu lebih menonjol daripada pemimpin yang asal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 11:59 AM