OLMO meraikan kejayaannya menjaringkan gol pertama Sepanyol bersama Lamine Yamal. -FOTO Reuters
OLMO meraikan kejayaannya menjaringkan gol pertama Sepanyol bersama Lamine Yamal. -FOTO Reuters
AFP

Stuttgart, Jerman: Penyerang Sepanyol, Dani Olmo berkata dia berharap pemain tengah yang cedera, Pedri akan segera kembali ke separuh akhir Euro 2024, sambil berkata "ini adalah cerita yang kita semua tulis bersama."

Olmo masuk menggantikan Pedri hanya selepas lapan minit beraksi berikutan kecederaan yang dialami Pedri selepas bertembung dengan Toni Kroos yang melakukan terjahan.

Pemain berusia 26 tahun itu terbukti menjadi watak penting dalam perlawanan itu untuk Sepanyol.

Dia menjaringkan gol selepas 51 minit, sebelum memberikan bantuan jaringan yang sempurna pada minit terakhir masa tambahan untuk kemenangan Sepanyol melakar kemenangan 2-1 ke atas tuan rumah Jerman di Stuttgart.

Jerman sebelum itu menyamakan kedudukan pada minit ke-89, dengan Florian Wirtz memalu Joshua Kimmich untuk menghantar permainan ke masa tambahan.

Ketika perlawanan menuju ke penentuan penalti, hantaran lintang Olmo ditanduk masuk ke gawang oleh Mikel Merino pada minit ke-119, untuk Sepanyol melakar kemenangan ke atas Jerman.

"Ia sukar dipercayai, saya tidak tahu bagaimana saya melakukannya. Saya sangat bangga, ia sangat sukar. Kami hanya pergi ke hadapan dan ia berjaya," tambah Olmo.

Penyerang RB Leipzig, salah seorang daripada dua ahli skuad Sepanyol yang bermain di Jerman, berkata dia "ia sangat penat, tetapi anda boleh lihat kami mempunyai pasukan yang hebat dan kami berjuang sehingga tamat."

"Ia bagus untuk seluruh pasukan, saya harap Pedri berasa lebih baik, dia pemain penting untuk kami dan ini adalah cerita yang kami semua tulis bersama."

Pedri mengalami kecederaan lutut yang teruk selepas perlawanan dan ia menimbulkan keraguan sama ada dia dapat diturunkan pada perlawanan separuh akhir menentang Argentina.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Julai 2024 @ 12:07 PM