PARK Jaehong mahu pasukannya mengutip mata pertama aksi liga super menentang Sabah FC, esok. FOTO KDN FC
PARK Jaehong mahu pasukannya mengutip mata pertama aksi liga super menentang Sabah FC, esok. FOTO KDN FC
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC), Park Jaehong mahu anak buahnya bangkit mengutip tiga mata penuh dalam aksi Liga Super menentang Sabah FC, esok.

Jaehong berkata, perlawanan itu penting selepas pasukannya tewas 0-1 kepada Sri Pahang FC dalam perlawanan pertama Liga Super musim 2024/25.

"Kami sudah ada perancangan dan memberi fokus pada sesi latihan dengan merencana jentera serangan agar lebih tajam. Seterusnya mampu menghasilkan jaringan pada pertemuan dengan Sabah," katanya kepada media, hari ini.

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, dalam masa sama, pihaknya turut berjaga-jaga dengan kekuatan pasukan pelawat.

Katanya, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee tidak boleh dipertikaikan kerana dibarisi pemain kebangsaan dan berkualiti.

"Kita akan menyediakan barisan pemain terbaik dan cuba menang di laman sendiri nanti," katanya.

Jumaat ini, KDN FC akan bertemu Sabah FC selaku tuan rumah di aksi kedua Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mei 2024 @ 1:54 PM