JAEHONG mahu mengelak pemain KDN FC tercedera apabila menentang TFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, malam ini. FOTO KDN FC
JAEHONG mahu mengelak pemain KDN FC tercedera apabila menentang TFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, malam ini. FOTO KDN FC
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Terengganu FC (TFC) menjadi ujian akhir buat pasukan Kelantan Darul Naim (KDN) FC sebelum sepak mula Liga Super musim 2024/25, bermula 10 Mei ini.

Ketua jurulatih KDN FC, Park Jaehong berkata, mereka akan menilai semula kesebelasan utama bagi memastikan persiapan perlawanan pramusim di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, malam ini, tidak terencat.

Pada masa sama, beliau mahu mengelakkan pemain tercedera bagi aksi sulung Liga Super menentang Sri Pahang FC, 11 Mei ini.

"Ini ujian terbaik bagi kami kerana saya dan jurulatih lain boleh menilai semua pemain, melihat keupayaan serta taktikal pasukan sebelum Liga Super bermula.

"Bagaimanapun, pada masa sama, kami mahu elak pemain tercedera dan elak terima layangan kad seperti kad merah," kata pengendali berasal dari Korea Selatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2024 @ 6:49 PM