ANCELOTTI meraikan kejayaan pasukannya muncul juara Liga Juara-Juara. -FOTO EPA
ANCELOTTI meraikan kejayaan pasukannya muncul juara Liga Juara-Juara. -FOTO EPA
AFP

Paris: Carlo Ancelotti enggan mendabik dada biarpun menjadi pengurus pertama yang memenangi Piala Eropah buat kali keempat selepas Real Madrid menewaskan Liverpool 1-0 di Paris.

Ancelotti bagaimanapun mengakui tuah memainkan peranan dan berkata 'saya seorang lelaki yang memegang rekod.'

Ancelotti kini menjadi satu-satunya pengurus yang memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara mengatasi pencapaian Bob Paisley dengan tiga gelaran ketika bersama Liverpool dan pencapaian hatrik Zinedine Zidane ketika mengendalikan Madrid di antara tahun 2016 dan 2018.

Gol minit ke-59 dari Vinicius Junior memastikan kemenangan berpihak kepada Real dan menjadi mereka kini merangkul Piala Eropah buat kali ke-14.

"Saya adalah lelaki yang memegang rekod," kata pengendali dari Itali berusia 62 tahun itu.

"Saya bernasib baik datang ke sini tahun lalu dan menempuh musim yang hebat. Kelab yang hebat dan pasukan yang mempunyai kualiti dan mental yang sangat bagus.

"Musim ini adalah yang terbaik."

Ancelotti menyifatkan keputusan untuk meninggalkan Everton tahun lalu dan kembali ke pentas terbesar dalam bola sepak 12 bulan kemudian sebagai kunci kepada kejayaannya hari ini.

"Saya tak percaya," kata Ancelotti.

"Kami mempunyai musim yang hebat.

"Kami melakukannya dengan sangat baik. Ia adalah perlawanan yang sukar dan kami banyak menderita lebih-lebih lagi pada separuh masa pertama.

"Akhirnya saya rasa kami layak memenangi pertandingan ini.

"Kami sangat gembira. Apa yang boleh saya katakan? Saya tak boleh berkata lebih."

Skuad Ancelotti mara ke perlawanan akjir selepas membuat kebangkitan di Santiago Bernabeu menyingkirkan Paris Saint-Germain, Chelsea dan Manchester City.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Mei 2022 @ 8:16 AM