KANE (kiri) menyempurnakan penalti untuk meletakkan Bayern di depan. -FOTO AFP
KANE (kiri) menyempurnakan penalti untuk meletakkan Bayern di depan. -FOTO AFP
AFP

Munich: Penyerang Bayern Munich, Harry Kane mendedahkan rakan sepasukan England dan pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham cuba mengganggu fokusnya sebelum melakukan sepakan penalti ketika mereka mencatatkan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Kapten England, Kane berdiri di atas titik penalti, Bellingham menghampirinya dan berbisik di telinganya.

Kane menyempurnakan penalti itu, apabila penjaga gol Andriy Lunin ke arah yang salah untuk meletakkan Bayern mendahului 2-1, namun sepakan penalti lewat perlawanan dari Vinicius Junior berjaya mengikat kedudukan.

"Pada masa saya itu saya tidak tahu apa yang dia katakan. Saya bercakap dengannya selepas itu dan dia berkata dia memberitahu saya 'Saya tahu anda akan pergi ke kiri'.

"Dia cuba memberitahu 'penjaga gol'.

"Di atas padang saya tidak tahu (apa yang dia katakan). Saya tahu dia ada di sana, tetapi saya tidak tahu apa yang dia katakan."

Kane yang menendang bola ke kiri, berkata dia "melihat 'penjaga gol' bergerak sedikit awal dan saya dapat menyempurnakannya.

"Jelas sekali penalti itu bagus untuk saya."

Pemain berusia 30 tahun itu, yang masih belum menjulang sebarang kejuaraan bersama pasukan walaupun mempunyai kariernya yang cemerlang secara individu, berkata pasukan sudah bersedia untuk minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2024 @ 8:48 AM