Joao Cancelo dikritik penyokong Barcelona selepas dikatakan menjadi punca kekalahan pasukan itu kepada PSG. -FOTO AFP
Joao Cancelo dikritik penyokong Barcelona selepas dikatakan menjadi punca kekalahan pasukan itu kepada PSG. -FOTO AFP
Agensi

Barcelona: Pemain pertahanan Barcelona, Joao Cancelo mendedahkan bahawa dia dan keluarganya menerima ancaman terhadap berikutan kekalahan 1-4 kepada PSG dalam aksi Liga Juara-Juara.

Barcelona tersingkir selepas gagal menandingi PSG pada suku akhir kedua walaupun mendahului pada perlawanan pertama.

Ronald Araujo dibuang padang pada separuh masa pertama adalah faktor utama manakala Cancelo menghadiahkan penalti turut memainkan peranan atas kekalahan itu.

Cancelo, pemain pinjaman dari Manchester City, bermain untuk tempoh 82 minit pada aksi timbal balik suku akhir dan terbabit dalam insiden kontroversi di pertengahan babak pertama apabila dia mengasari bekas pemain sayap Barcelona, Ousmane Dembele dan memberikan sepakan penalti kepada PSG.

Pemain pertahanan Portugal itu mendedahkan bahawa selepas perlawanan itu, orang ramai membuat hantaran menjijikkan dan mengkritik dia dan keluarganya di media sosial.

"Saya dipanggil macam-macam. Terdapat komen di Instagram yang mendoakan kematian anak perempuan saya dalam kandungan.

"Mereka tidak akan mengatakan itu di hadapan saya, sudah pasti, kerana kami akan menghadapi masalah, tetapi dalam komen, mereka akan berkata macam-macam."

"Mengharapkan kematian seorang bayi adalah sesuatu yang serius. Orang tidak berfikir tentang individu di sebalik pemain bola sepak yang mereka lihat di televisyen. Kami juga adalah manusia. Kita semua sama," kata Cancelo.

PSG bangkit daripada ketinggalan 3-2 untuk kemenangan 6-4 secara agregat di Stadium Lluis Companys Olympic, dengan skuad kendalian Luis Enrique akan bertemu Borussia Dortmund di separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 1:18 PM