ALCACER (kanan) menanduk masuk gol penyamaan.
ALCACER (kanan) menanduk masuk gol penyamaan.
Reuters

Barcelona: Tandukan Paco Alcacer membolehkan Valencia mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang pasukan di tangga ketiga La Liga Real Madrid yang mendahului ketika permainan berbaki lapan minit, kelmarin.

Real yang kehilangan Mateo Kovacic akibat kad merah pada minit ke-68 selepas dia mengasari pemain lawan, mendahului 2-1 menerusi tandukan Gareth Bale tetapi kelebihan itu pantas dipadam Alcacer seminit kemudian.

Real membuka jaringan hasil pergerakan Karim Benzema serta Bale dan disudahkan Cristiano Ronaldo pada minit ke-17.

Valencia menyamakan kedudukan menerusi penalti yang disempurnakan Dani Parejo sebelum rehat apabila Pepe mengasari Andre Gomes.

Perlawanan mula menjadi berat sebelah sebaik Kovacic dilayangkan kad merah kerana mengasari Joao Cancelo.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 January 2016 @ 6:11 AM