CHENG Hoe berjaya membawa Selangor FC menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua pada musim lalu. FOTO AIZUDDIN SAAD
CHENG Hoe berjaya membawa Selangor FC menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua pada musim lalu. FOTO AIZUDDIN SAAD
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Jodoh Tan Cheng Hoe dan Selangor FC tampaknya tidak panjang apabila difahamkan jurulatih itu bakal meninggalkan skuad Red Giants.

Cheng Hoe yang juga bekas jurulatih skuad Harimau Malaya itu dikhabarkan tidak akan membimbing skuad Merah Kuning bagi musim 2024 biarpun kontraknya masih berbaki hingga hujung musim ini.

Satu kenyataan rasmi bakal dikeluarkan Selangor FC dalam masa terdekat tentang status Cheng Hoe bersama bekas juara Piala Malaysia sebanyak 33 kali itu.

Untuk rekod, Cheng Hoe berjaya membawa Selangor FC menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua pada musim lalu sekali gus layak beraksi di saingan Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) musim ini.

Malah pada musim 2022 lalu, Cheng Hoe hampir menghadiahkan trofi Piala Malaysian sebelum tumbang di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) di final dengan 1-2.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2024 @ 7:43 PM